Soalan-Soalan Popular Tentang WhatsApp Broadcast

Ini adalah beberapa soalan popular tentang WhatsApp Broadcast menggunakan Sistem mLeads Pro.

1. Selamat Ke Broadcast Ni?

Selamat atau tidak sebenarnya bergantung pada mesej apa yang dihantar dan kepada siapa ianya dihantar.

Kalau anda hantar mesej jenis ‘hard sell’ ataupun promosi, ada kemungkinan anda akan di ban oleh WhatsApp (sebab penerima block atau report).

Sama kesnya kalau anda hantar mesej pada orang yang tak kenal anda (bukan prospek mahupun customer anda).

Saya hantar syorkan penggunakan WhatsApp broadcast untuk follow up prospek dan customer sedia ada, bukan untuk tujuan spamming.

Saya juga syorkan supaya hantar dulu pada 50 atau 100 nombor, kemudian naikkan secara berkala.

2. Perlu Ke Mereka Save Nombor Kita?

Antara kelebihan guna WhatsApp Broadcast dalam sistem mLeads Pro + WaBot.my ialah penerima tak perlu pun save nombor anda.

Walaupun mereka tak save nombor anda, mesej anda akan tetap sampai pada mereka.

3. Apa Itu WhatsApp API?

WhatsApp API WaBot.my adalah ‘pengantara’ yang akan tolong proses dan hantar mesej anda.

Ianya bukan API rasmi WhatsApp, tapi menggunakan sistem WhatsApp Web di belakang tabir untuk memudahkan proses penghantaran mesej.

4. Perlu Guna PC Windows / Mac OS ke?

Sistem mLeads Pro dan WaBot.my adalah web base; bermaksud anda tak perlu guna komputer pun untuk guna kedua-duanya.

Tapi untuk tujuan setup sistem tersebut, adalah lebih mudah sekiranya anda menggunakan komputer.

5. Ini Untuk Android ke iPhone?

Disebabkan sistem ini adalah web base, tak kisah anda guna Android, iPhone ataupun Windows Phone!

6. Ada Refund Tak?

Maaf sebab saya tak dapat nak provide sebarang refund untuk Sistem mLeads Pro ataupun WaBot.my.

Walau bagaimanapun, anda memang boleh cuba mLeads Pro dengan percuma selama 30 hari sebelum pilih untuk upgrade ke versi berbayar (akaun trial ada akses untuk broadcast pada maksima 500 orang).

Untuk WaBot.my pula, anda boleh langgan pakej paling murah, iaitu hanya RM20 untuk 6000 credit (mesej yang boleh dihantar).

7. Kalau Ada Soalan / Perlukan Bantuan, Macam Mana?

Anda boleh join Telegram Support Group yang disediakan di link ini dan tanya apa-apa soalan yang berkaitan di sana.

InsyaAllah saya akan cuba bantu sehabis baik.